
Hilangkan parut luka.
Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
itu untuk parut luka yg nampak,kalau yg tak nampak?ermm....aznee dah sakitkan hati seseorang yg paling dia hormati selepas keluarganya hari ini.Baru 2 minit tadi aznee melakukan kesilapan itu lagi.perangai aznee yg tak pandai sorok apa yg dia fikir memakan jwanya sendiri hari ini.Pasti selepas ini aznee akan mengalami kemurungan dan kesenyapan yg sukar utk kawan-kawannya tafsirkan.Jika seseorang itu terus mengambil sikap berdiam diri dan memerli aznee,maka tidak hairan aznee aka mengalami kesedihan.Sudah beberapa kali aznee tersilap kata dan cara hingga seseorang itu terasa hati...kadangkala buat aznee terfikir adakah aznee ini layak utk menjadi kawan atau sahabat atau sekadar penyibuk yg menyesakkan hidup seseorang itu?
Dia terlalu baik untuk aznee sakitkan hati tp terlajak taip mmg buruk padahnya.Sesungguhnya aznee benar-benar minta maaf atas keterlanjuran fikiran aznee tu.Tak sanggup rasanya aznee nak menerima sindiran dr seseorang itu....
Andai anda membaca apa yg aznee tulis ni...aznee betul-betul minta maaf.Aznee tak sengaja nak buat begitu,walapun anda mengatakan anda tak marah tp aznee tahu anda terasa...sekian kali,
~MAAFKAN AZNEE~